Berita

Info / Risalah Keselamatan

Sistem Atas Talian


Galeri Gambar

PERJUMPAAN BERSAMA KPPA

Seramai dua belas orang Pengarah Keselamatan yang mewakili Majlis Pengarah Keselamatan Universiti Awam (MPKUA) telah mengadakan perbincangan bersama YBhg Tan Sri Zainal Rahim bin Seman Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam serta Pengarah-Pengarah Bahagian JPA pada 11 September 2017. Turut serta dalam perbincangan adalah YBhg Dato’ Omar bin Osman Presiden Yayasan Pekerja  Malaysia.

Permulaan bicara, Kapten Yusoff bin Romli (Bersara) Pengerusi Majlis Pengarah Keselamatan UA mengucapkan tahniah kepada YBhg Tan Sri KPPA atas pengurniaan  Darjah Panglima Setia Mahkota  pada Hari Keputeraan YDA yang membawa Gelaran Tan Sri.

Beberapa cadangan penambahbaikan Skim KP telah dibentangkan dan YBhg Tan Sri KPPA telah memberikan respon yang memberangsangkan. Beliau memaklumkan bahawa pihaknya sangat mengalu-alukan cadangan dari pihak pekerja  dan akan mempertimbangkannya secara serius cadangan-cadangan berkenaan.

YBhg Tan Sri seterusnya mengarahkan satu Jawatankuasa kerja yang dianggotai oleh pihak JPA dan MPKUA dibentuk bagi memperincikan cadangan dalam masa terdekat bagi merealisasikan hasrat ini.  

Majlis Pengarah Keselamatan Universiti Awam sangat berbesar hati atas kesudian YBhg Tan Sri KPPA menerima kunjungan Pengarah Keselamatan Universiti Awam. Moga usaha-usaha untuk mempertingkatkan perkhidmatan keselamatan dan menambahbaik skim perkhidmatan KP akan dapat dijayakan.

 

Sekian.

 

 

 

 

 

KONVENSYEN KESELAMATAN UNIVERSITI 2017(KKU2017)

TARIKH: 3 HINGGA 6 APRIL 2017

TEMPAT: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


 

PELEKAT KENDERAAN STAF BAGI TAHUN 2017

PERBARISAN KESELAMATAN SIRI 1/2017

28 Februari 2017-Bertempat diperkarangan DSI telah berlangsung Perbarisan Bahagian Keselamatan Siri 1/2017.Antara tentatif program yang dijalankan pemeriksaan perbarisan oleh Ketua keselamatan ,En Yusoff bin Romli,penyampaian sijil “Sifar MC" kepada Staf Keselamatan yang tiada MC pada tahun 2016 dan Program Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Lofti bin Solihin (Ketua Pusat Islam UTHM) dengan membawa Tazkirah bertajuk ‘Membentuk Sifat Mahmudah Bagi Mencapai Kecermerlangan Kerja Berpasukan’.

 

 

 

Tema Kempen Keselamatan Sempena Perayaan Aidil Fitri tahun ini 1436 H/2015M

Seluruh Staf Bahagian Keselamatan mengucapkan Selamat menjalani Ibadah di Bulan Ramadhan dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada  seluruh warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Doa kami semoga warga Universiti sentiasa mengutamakan keselamatan semasa memandu di jalan raya, pastikan meninggalkan  pejabat dan rumah dalam keadaan yang selamat.

Sila patuhi dan amalkan budaya keselamatan dalam kehidupan.

Layari Info Keselamatan di www.uthm.keselamatan.edu.my bagi mendapatkan Tips Keselamatan dan Borang Kediaman Selamat untuk diisi dan diserahkan kepada Balai Polis berhampiran.

 

KESELAMATAN JALAN RAYA MUSIM PERAYAAN

BORANG MAKLUMAT BALIK KAMPUNG

KESELAMATAN HARTA PERSENDIRIAN

KESELAMATAN PEJABAT DAN HARTABENDA

 

PELEKAT KENDERAAN: Permohonan pelekat kenderaan boleh dibuat di Sistem Permohonan Pelekat Kenderaan (SPPK) >> Klik disini
RAYUAN SAMAN: Tuan/Puan boleh membuat rayuan dalam tempoh 7hari. Rayuan/representasi yang diterima selepas tempoh tersebut tidak akan dilayan. Sila jelaskan bayaran denda kepada Pejabat Bendahari dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh surat dikeluarkan atau selepas rayuan dikemukakan dan diluluskan.
PAS KESELAMATAN UNIVERSITI: Sila pamerkan pas keselamatan universiti (kad staf, kad matrik pelajar dan pas pekerja) semasa memasuki kawasan kampus. Tindakan akan diambil sekiranya kad keselamatan kampus tidak dipamerkan.

Tahukah Anda... ?

  • Anda diawasi oleh beratus kamera litar tertutup (cctv) di dalam kampus.
  • Denda maksimum sebanyak RM50.00 akan dikenakan bagi Kesalahan Meletakkan Kenderaan.
  • Pelajar tahun pertama dan yang menginap di Kolej kediaman Dalam kampus tidak dibenarkan membawa kenderaan di dalam kampus.
  • Warga kampus WAJIB mendaftar kenderaan di Bahagian Keselamatan dengan kadar bayaran RM2.00 untuk satu Pelekat Kenderaan Universiti dan RM10.00 bagi kenderaan kedua.

Perkhidmatan Lain

Talian Bahagian Keselamatan

07 - 453 7146

Simpan Kerana Anda Memerlukannya Nanti !

0443603
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
246
367
3027
436594
9009
18572
443603

Your IP: 54.196.182.102
Server Time: 2017-12-15 22:09:04

Bahagian Keselamatan IPT

Hubungi Kami

BAHAGIAN KESELAMATAN
Pejabat Pendaftar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM),
Parit Raja 86400 Batu Pahat, Johor

 


Tel : +607 – 453 7146

Faks : +607 – 453 6337
Email : pp@uthm.edu.my
Laman Web : http://keselamatan.uthm.edu.my/v1

Pengunjung Online

We have 6 guests and no members online

Ikuti kami di :

Tarikh Kemaskini

13 September 2017

 

You are here: Home Info Terkini Umum