Berita

Info / Risalah Keselamatan

Sistem Atas Talian


Galeri Gambar

Kata Aluan Ketua Keselamatan UTHM

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

 

          Saya mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih di atas kesudian YBhg. Dato’/Prof./Tuan/Puan melayari Laman Sesawang Bahagian Keselamatan, Pejabat Pendaftar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

 

      Saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan Kurnia dan Limpah RahmatNya Laman Sesawang Bahagian Keselamatan dapat direalisasikan. Kejayaan ini adalah berkat kesungguhan serta iltizam yang tinggi di kalangan staf Bahagian Keselamatan untuk mempunyai laman Sesawang sendiri yang akan menjadi kebanggaan seluruh staf Bahagian Keselamatan Universiti. Laman Sesawang ini akan diurus serta diselenggarakan oleh staf Bahagian Keselamatan sendiri yang pastinya akan berjaya memberi maklumat terkini berkaitan Keselamatan Perlindungan, dan Keselamatan Jalan Raya kepada pengunjung laman sesawang ini.

 

      Perkhidmatan serta pengurusan keselamatan harus berkembang pesat seiring dengan kepesatan serta kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi. Penyaluran maklumat melalui kemudahan teknologi maklumat harus diaplikasikan dengan secara maksimum bagi memastikan maklumat berkaitan keselamatan dapat disalurkan kepada pelanggan Bahagian Keselamatan dengan cepat dan tepat. Keupayaan menangani masalah dengan cepat dan tepat akan membolehkan Bahagian Keselamatan melaksanakan fungsi dengan cemerlang serta memenuhi kehendak pelanggan dan organisasi.

 

         Perkara-perkara berkaitan keselamatan merupakan perkara yang perlu ditangani bersama oleh staf Bahagian Keselamatan dan warga Universiti. Proses pencegahan memerlukan komitmen dari seluruh warga Universiti dan staf di Bahagian Keselamatan merupakan badan yang mengawasi agar semua langkah-langkah pencegahan kejadian jenayah, kemalangan Jalan Raya serta kejadian berbahaya dihindari oleh warga Universiti bagi menjadikan kawasan kampus kawasan yang aman, harmoni dan warganya sentiasa mengamalkan Budaya Kerja Yang Selamat dan Sihat.

 

          Perkembangan pesat Universiti dengan peningkatan bilangan bangunan, pertambahan pelajar serta staf dan aktiviti penyelidikan akan melibatkan penambahan risiko kepada pelajar, staf serta pelanggan Universiti. Risiko dan keadaan berbahaya ini perlu ditangani bersama dan penglibatan yang aktif daripada staf untuk menyalurkan segala maklumat berkaitan isu keselamatan. Sehubungan dengan itu ia boleh disalurkan dengan mudah melalui laman sesawang ini dan seterusnya tindakan akan diambil bagi menyelesaikan masalah yang diketengahkan.

 

     Adalah diharapkan maklumat-maklumat yang dipaparkan akan dapat membantu mempertingkatkan pengetahuan berkaitan Fungsi dan Peranan Bahagian Keselamatan di kalangan warga Universiti khasnya. Pembangunan Laman Sesawang Bahagian Keselamatan adalah bertepatan dan seiring dengan perkembangan teknologi maklumat untuk sentiasa memperkemaskan warga Universiti dengan maklumat-maklumat terkini, secara cepat, tepat dan berkesan.

 

” DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA “

“ Amalkan Budaya Kerja Selamat , Universiti Kita Tanggungjawab Kita ”

Sekian, terima kasih.

 

YUSOFF BIN ROMLI

Ketua Keselamatan

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

 

 

 

PELEKAT KENDERAAN: Permohonan pelekat kenderaan boleh dibuat di Sistem Permohonan Pelekat Kenderaan (SPPK) >> Klik disini
RAYUAN SAMAN: Tuan/Puan boleh membuat rayuan dalam tempoh 7hari. Rayuan/representasi yang diterima selepas tempoh tersebut tidak akan dilayan. Sila jelaskan bayaran denda kepada Pejabat Bendahari dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh surat dikeluarkan atau selepas rayuan dikemukakan dan diluluskan.
PAS KESELAMATAN UNIVERSITI: Sila pamerkan pas keselamatan universiti (kad staf, kad matrik pelajar dan pas pekerja) semasa memasuki kawasan kampus. Tindakan akan diambil sekiranya kad keselamatan kampus tidak dipamerkan.

Tahukah Anda... ?

  • Anda diawasi oleh beratus kamera litar tertutup (cctv) di dalam kampus.
  • Denda maksimum sebanyak RM50.00 akan dikenakan bagi Kesalahan Meletakkan Kenderaan.
  • Pelajar tahun pertama dan yang menginap di Kolej kediaman Dalam kampus tidak dibenarkan membawa kenderaan di dalam kampus.
  • Warga kampus WAJIB mendaftar kenderaan di Bahagian Keselamatan dengan kadar bayaran RM2.00 untuk satu Pelekat Kenderaan Universiti dan RM10.00 bagi kenderaan kedua.

Perkhidmatan Lain

Talian Bahagian Keselamatan

07 - 453 7146

Simpan Kerana Anda Memerlukannya Nanti !

0429700
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
1087
605
2420
423304
13678
17537
429700

Your IP: 23.20.129.162
Server Time: 2017-11-21 14:10:32

Bahagian Keselamatan IPT

Hubungi Kami

BAHAGIAN KESELAMATAN
Pejabat Pendaftar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM),
Parit Raja 86400 Batu Pahat, Johor

 


Tel : +607 – 453 7146

Faks : +607 – 453 6337
Email : pp@uthm.edu.my
Laman Web : http://keselamatan.uthm.edu.my/v1

Pengunjung Online

We have 34 guests and no members online

Ikuti kami di :

Tarikh Kemaskini

13 September 2017

 

You are here: Home Pengenalan Kata Aluan