Berita

Info / Risalah Keselamatan

Sistem Atas Talian


Galeri Gambar

Sejarah Bahagian Keselamatan

                Bahagian Keselamatan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ( UTHM) menyusuri sejarah yang agak panjang. Peringkat awal kewujudannya ialah pada tahun 1993 apabila empat orang pengawal keselamatan dilantik secara sementara yang ditugaskan membuat kawalan di pintu masuk sebuah pusat latihan yang dikenali sebagai Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP) Batu Pahat. Jumlah tersebut kemudiannya ditambah kepada sembilan orang yang melaksanakan tugas dalam dua shif iaitu mulai jam 0600 pagi hingga jam 0600 petang membuat kawalan di pintu masuk dan shif berikutnya mulai jam 0600 petang hingga jam 0600 pagi membuat tugas rondaan dan kawalan pintu masuk dan keluar.

 

                 Bagi mengiktiraf kecemerlangan PLSP, Menteri Pendidikan Malaysia iaitu Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak telah mengisytiharkan pertukaran nama Pusat Latihan Staf Politeknik kepada InstitutTeknologiTun Hussein Onn (ITTHO) pada 12 April 1996. Penukaran nama ini telah menyumbang kepada penambahan peranan dan fungsi staf keselamatan di ITTHO yang dengan sendirinya memberi kuasa yang diperuntukkan oleh Undang-undang iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sebagai rujukan kepada staf keselamatan ITTHO untuk melaksanakan tugas.

                 Unit Keselamatan dari awal penubuhan diketuai oleh Encik Hasbullah bin Hamzah (Gred KP8) sehingga tahun 1999 apabila Encik Mohd Zainol bin Satari telah mengambil alih tugas tersebut dengan gred jawatan KP9 iaitu gred yang lebih tinggi bersesuaian dengan pertambahan tugas dan tanggungjawab Unit Keselamatan. Sehingga Jun 2001 seramai dua belas orang staf keselamatan yang dilantik secara sementara telah diambil berkhidmat di Unit Keselamatan ITTHO dan kawalan perkhidmatan keselamatan pada ketika itu masih diuruskan oleh Pejabat Keselamatan UTM.

                 Entiti Unit Keselamatan menjelma apabila kerajaan pada 27 September 2000, telah menaiktaraf ITTHO kepada sebuah Universiti yang dikenali sebagai Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Mulai detik tersebut Unit Keselamatan secara rasminya diuruskan sendiri oleh KUiTTHO yang akan memberi tanggungjawab yang lebih luas dan mempunyai hala tuju sendiri bagi memenuhi keperluan keselamatan Universiti. Peningkatan status ini membolehkan KUiTTHO melantik seorang Pegawai Keselamatan Gred KP41 yang diberi gelaran Ketua Keselamatan bagi mengetuai Unit Keselamatan. Ketua Keselamatan pertama Universiti ialah Kapten (Bersara) Yusoff bin Romli. Bermula dari detik tersebut bermulalah proses modenisasi dari segi perkhidmatan keselamatan dan keperluan mempertingkatkan kualiti staf bagi bergerak seiring dengan Visi dan Misi Universiti. Pada penghujung bulan Disember 2001 Unit Keselamatan telah mempunyai kekuatan seramai seorang Ketua Keselamatan, 4 orang Pembantu Keselamatan dan 17 orang Pengawal Keselamatan.  

             Perkembangan demi perkembangan dicapai oleh Unit Keselamatan. Pada 12 September 2005 Pengurusan Tertinggi Universiti telah menubuhkan Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan menempatkannya di Unit Keselamatan. Bersesuaian dengan keperluan dan pertambahan fungsi dan peranannya Unit Keselamatan telah ditukarkan kepada nama Bahagian Keselamatan pada tahun 2006 dan gred jawatan Ketua Keselamatan telah dinaikkan ke Gred KP44.

              Lebaran baru kejayaan Universiti dikecapi di mana pada 1 Februari 2007, Datuk Mustapa bin Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi telah mengumumkan secara rasmi penukaran nama Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn kepada nama baru Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Perisytiharan nama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah disempurnakan pada 2 Mac 2007 oleh YB. Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein Onn.

              Kini Bahagian Keselamatan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah turut berkembang seiring dengan perkembangan dan kemajuan Universiti. Pentadbiran bahagian ini telah dan akan berusaha menjadikan Bahagian Keselamatan UTHM sebagai peranan utama kepada perkhidmatan keselamatan di Institusi Pengajian Tinggi dengan mempelbagaikan usaha ke arah kecemerlangan. Adalah diharapkan dengan komitmen semua staf Bahagian Keselamatan dan pertambahan jawatan yang bersesuaian serta penggunaan peralatan pengawasan berteknologi tinggi, perkhidmatan keselamatan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan lebih cemerlang dan terbilang.

 

PAKAIAN STAF KESELAMATAN

 

PAKAIAN SEKSYEN TRAFIK

PELEKAT KENDERAAN: Permohonan pelekat kenderaan boleh dibuat di Sistem Permohonan Pelekat Kenderaan (SPPK) >> Klik disini
RAYUAN SAMAN: Tuan/Puan boleh membuat rayuan dalam tempoh 7hari. Rayuan/representasi yang diterima selepas tempoh tersebut tidak akan dilayan. Sila jelaskan bayaran denda kepada Pejabat Bendahari dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh surat dikeluarkan atau selepas rayuan dikemukakan dan diluluskan.
PAS KESELAMATAN UNIVERSITI: Sila pamerkan pas keselamatan universiti (kad staf, kad matrik pelajar dan pas pekerja) semasa memasuki kawasan kampus. Tindakan akan diambil sekiranya kad keselamatan kampus tidak dipamerkan.

Tahukah Anda... ?

  • Anda diawasi oleh beratus kamera litar tertutup (cctv) di dalam kampus.
  • Denda maksimum sebanyak RM50.00 akan dikenakan bagi Kesalahan Meletakkan Kenderaan.
  • Pelajar tahun pertama dan yang menginap di Kolej kediaman Dalam kampus tidak dibenarkan membawa kenderaan di dalam kampus.
  • Warga kampus WAJIB mendaftar kenderaan di Bahagian Keselamatan dengan kadar bayaran RM2.00 untuk satu Pelekat Kenderaan Universiti dan RM10.00 bagi kenderaan kedua.

Perkhidmatan Lain

Talian Bahagian Keselamatan

07 - 453 7146

Simpan Kerana Anda Memerlukannya Nanti !

0429677
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
1064
605
2397
423304
13655
17537
429677

Your IP: 23.20.129.162
Server Time: 2017-11-21 14:03:26

Bahagian Keselamatan IPT

Hubungi Kami

BAHAGIAN KESELAMATAN
Pejabat Pendaftar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM),
Parit Raja 86400 Batu Pahat, Johor

 


Tel : +607 – 453 7146

Faks : +607 – 453 6337
Email : pp@uthm.edu.my
Laman Web : http://keselamatan.uthm.edu.my/v1

Pengunjung Online

We have 12 guests and no members online

Ikuti kami di :

Tarikh Kemaskini

13 September 2017

 

You are here: Home Pengenalan Sejarah